MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Leez, Aepul timang cahayamata sulung

Berita gembira Leez dan Aepul menyambut kelahiran anak mereka petang tadi.

 

 

 

Kuala Lumpur: Dramatis Leez Rosli, 31 juga isteri kepada penyanyi utama kumpulan Drama Band, Noorsyaiful MD Zalaludin atau Aepul selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di hospital swasta di Bangi.

Leez selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5 kg, di sini, petang tadi.

Anggota kumpulan Drama Band, Ammar menyampaikan berita gembira itu sebentar tadi di majlis Malam Aprisiasi Media dan Anugerah K20 anjuran Red Box.

Lagu dendangan kumpulan Drama Band, Biarkanlah memenangi anugerah lagu popular K20.

Sewaktu menerima anugerah Ammar menjelaskan, Aepul tidak dapat hadir kerana harus berada di sisi isteri dan anak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOURCE MYMETRO