MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Sharifah Shahirah hamil anak keenam

Shirah (kiri) bersama kakaknya, Sharifah Haslinda.

 

 

 

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahirah, 42, mengesahkan dia kini hamil dua bulan.

Menurut Shirah, dia mendapat tahu dirinya hamil anak keenam selepas pulang dari mengerjakan umrah hujung Februari lalu.

"Alhamdulillah, saya tidak sangka hamil sekali lagi selepas kali terakhir pada tujuh tahun lalu. Saya dan suami sangat gembira dan terharu.

"Lebih istimewa apabila khabar gembira itu saya peroleh selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama keluarga," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu berita kehamilan Shirah menjadi bualan peminat di laman Instagram miliknya selepas kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah ini memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen 'perut, baru dua bulan kot'.

Shirah berkata, pada mulanya timbul kerisauan dalam diri apatah lagi dia hamil di usia 40-an.

Selepas mendapat nasihat doktor Shirah kink perlu berhati-hati dan mengurangkan aktiviti lasak.

"Saya berasa seperti hamil anak sulung sebabnya sudah lama tidak melalui situasi ini. Tentu saja saya teruja nak melalui detik sedemikian.

"Apa pun saya perlu lebih berhati-hati kerana bukannya muda lagi. Apa pun, doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah," katanya.

Mengenai jantina anak, Shirah dan suami berharap mereka dikurniakan anak lelaki.

Hasil perkahwinan bersama pelakon Ijoy, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, dan sekali keguguran.

Sebelumnya, Shirah mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOURCE MYMETRO