MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Siar dokumentari Laluan Sutera

Kuala Lumpur: Rangkaian Televisyen Media Prima menjalinkan kerjasama dengan China Intercontinental Communication Center (CICC) untuk membawa kandungan berkualiti dari negara itu kepada penonton tempatan melalui penyiaran sebuah dokumentari bertajuk ‘USilk’.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Datuk Kamal Khalid berkata, dokumentari sembilan episod itu memaparkan kisah menarik mengenai budaya, ekonomi dan lagenda di sepanjang ‘Laluan Sutera’ dan ditayangkan setiap Ahad jam 6.30 petang melalui saluran 8TV.

“Sebagai pemilik rangkaian media terbesar negara, kami berupaya memberi sokongan kepada CICC dalam usaha mencapai jutaan penonton melalui rangkaian televisyen ‘free to air’, tonton, media sosial serta platform media bersepadu Media Prima,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian (MoU) antara Media Prima dan CICC, di sini, sebentar tadi.

Kerjasama jangka panjang itu akan menyaksikan kedua pihak mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif perkongsian pengetahuan dan kemahiran termasuk rancangan pertukaran kakitangan, lawatan suai kenal dan latihan praktikal.

MoU itu turut menggariskan hasrat kedua pihak untuk meneroka usaha penawaran bersama termasuk kerjasama rapat mencipta jaluran dan rangkaian televisyen baru.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro