MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

'Tuhan lagi tahu'

Kuala Lumpur: “Beri ruang privasi untuk semua ini dan maaf saya tidak mahu komen,” kata Along Cham atau nama sebenarnya Muhamad Nizamudin Ahmad, 33.

Pelakon dan pelawak berkenaan menjawab dakwaan orang ramai di laman sosial yang mengaitkan isterinya, Zila atau Nur Azilah Seeron, 28, wanita yang ditangkap khalwat bersama teman lelakinya.

Ketika kejadian, wanita itu yang juga penyanyi ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam pada itu, Along berkata, perceraian bersama isterinya masih lagi dalam proses.

“Peguam saya masih melakukan apa yang patut dan tarikh untuk pendengaran kes masih belum ditentukan,” katanya menerusi WhatsApp, semalam.

Ditanya mengenai orang ramai yang mengutuknya sebagai lelaki dayus kerana menghalau isteri dari rumah, Along enggan mengulas lanjut.

“Tuhan Maha Mengetahui. Kalau dilayan mulut pejuang papan kekunci (keyboard warrior), semua orang boleh sakit,” katanya.

Sementara itu, cubaan untuk menghubungi Zila yang dikaitkan dalam tangkapan itu gagal apabila mesej menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalasnya, malah telefon miliknya dimatikan.

Zila dan Along berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima tahun.

Ketua Pegawai Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad yang dihubungi berkata, penyanyi wanita yang pernah menyertai rancangan realiti televisyen itu dan teman lelakinya sudah dibebaskan dan menunggu untuk proses perbicaraan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.Ssource Mymetro