MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Latest News for State Kuala Lumpur in "General"

Menang hasil batik sendiri

Kuala Lumpur: Kesungguhan sepuluh sekeluarga menunjukkan kreativiti dengan menggayakan pakaian bertemakan batik yang dihasilkan sendiri menarik perhatian juri apabila mereka dinobatkan sebagai pemenang Pakaian Keluarga Paling Kreatif sempena acara Jalan Kaki Riang Ria Batik 2017, di sini, semalam.

Keluarga dari Selayang itu menggayakan corak batik yang sama sebelum berjalan beriringan sejauh 3.8 kilometer (km) menerusi acara jam 8.30 pagi yang bermula dan tamat di Balai Seni Negara itu.

Seorang daripada mereka, Raihan Ghazali, 32, berkata ia kali pertama mereka menyertai acara jalan kaki secara beramai-ramai sebagai satu cara memanfaatkan masa terluang pada hujung minggu.

Kayuh lawan kanser

Kuala Lumpur: “Apabila saya disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga, perasaan terkejut dan dunia seakan-akan kiamat. Hanya kematian saja yang terbayang di kepala,” kata pesakit kanser payudara, Umi Salmah Hashim, 42.

Menurutnya, pada mulanya dia sukar menerima hakikat menghidap kanser tahap ketiga, namun disebabkan dorongan daripada ahli keluarga terutama suami menyebabkan dia terus bangkit melawan kanser payudara selepas didiagnos penyakit itu pada tahun 2012.

“Pada mulanya saya sedih, kecewa dan takut apabila disahkan menghidap kanser payudara namun saya perlu reda dengan ketentuan Allah SWT.

Rumah RM35,000

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap rakyat termasuk golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Menurut beliau, setakat ini, 83,759 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) disiapkan di seluruh negara untuk golongan kurang berkemampuan manakala 25,000 unit lagi dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap sebelum 2020 dengan keseluruhan projek menelan peruntukan RM6 bilion.

Selain itu, katanya, kerajaan mengambil inisiatif membina rumah PPR yang mengandungi nilai subsidi terbesar untuk rakyat, contohnya PPR Sri Aman di Jinjang, di sini, yang dijual pada harga RM35,000 walaupun kos asalnya sekitar RM150,000 seunit.

Darah jenis Bombay kritikal

Kuala Lumpur: Bekalan darah ganjil atau Bombay Type Blood sukar diperoleh memandangkan hanya satu peratus daripada populasi penduduk negara ini mempunyai kumpulan darah itu.

Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN) Nur Izzati Izhar berkata, walaupun Tabung Darah Negara mencukupi ketika ini, namun sumbangan darah itu diperlukan untuk pesakit kepada golongan berkenaan.

“Melalui kempen kesihatan dan derma darah diharap mengumpul bekalan darah Bombay yang mana ia sukar diperoleh.

 

Hujan lebat diramal lebih kerap

Kuala Lumpur: Fenomena ribut petir dan hujan lebat diramal lebih kerap berlaku terutama waktu petang dan senja di pantai barat Semenanjung pada fasa peralihan monsun bermula hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Alui Bahari berkata, ribut petir dan hujan lebat boleh menyebabkan banjir kilat.

“Ketika ini, negara masih berada di penghujung Monsun Barat Daya (MBD). MBD dijangka berakhir minggu terakhir September.

 

Urusan eksklusif BNM

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tidak mempunyai pengetahuan peribadi berhubung keuntungan dan kerugian terperinci mana-mana urus niaga mata wang asing yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketika menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, maklumat terperinci pengendalian urus niaga mata wang asing itu tidak pernah dimaklumkan kepadanya dari semasa ke semasa kerana BNM tidak mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk melaporkan kepadanya.

Mahathir juga mendakwa beliau tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan eksklusif BNM.

Gambaran jihadis

Kuala Lumpur: Gerakan Keadilan Sedunia (JUST) mendapati ada usaha pihak tertentu cuba mengelirukan fakta mengenai krisis kemanusiaan di Myanmar dengan menggambarkan etnik Rohingya sebagai pengganas dan jihadis.

Presiden JUST Dr Chandra Muzaffar berkata, mereka mula mengadakan naratif seperti itu kerana ada sesetengah pihak sangat sensitif dengan istilah jihadis.

“Mereka cuba memberi gambaran, (Rohingya) ini sebenarnya jihadis, walhal mereka mangsa kezaliman luar biasa. Jika kita tengok pada apa yang dilakukan di Myanmar dan cara minoriti ini dijadikan mangsa, ia luar biasa dan benar-benar jenayah.

 

Palam pencucuh Adi Jawa

Kuala Lumpur: Guna palam pencucuh kereta untuk pecah cermin kenderaan. Itu adalah modus operandi digunakan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Adi Jawa yang aktif menjalankan kegiatan itu sejak dua bulan lalu di sekitar daerah Dang Wangi, di sini.

Bagaimanapun, taktik itu terbongkar selepas tiga lelaki warga Indonesia berusia 29 hingga 37 tahun ditahan kurang dari tempoh 24 jam selepas laporan diterima daripada mangsa.

Polis kemudian melakukan serbuan di sekitar Chow Kit, di sini, kira-kira jam 5 pagi, 7 September lalu sebelum semua suspek diberkas.

Strategi bina kerjaya cemerlang

Kuala Lumpur: Setiap graduan yang menyertai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), bukan saja mendapat situasi sebenar alam pekerjaan, malah turut dilatih untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, meningkatkan keyakinan diri dan mempersiapkan diri dengan pengalaman bekerja.

Berkongsi kelebihan SL1M itu, Ketua Pengambilan Bakat Kumpulan CIMB Soon Le Meng berkata, program berkenaan adalah perancangan amat sesuai untuk membentuk karier dan membuka peluang masa depan yang cerah kepada setiap graduan.

“Belum terlambat untuk seseorang graduan yang masih menganggur untuk mengubah nasib diri dan keluarga kerana SL1M menyediakan pakej lengkap untuk bergelar seorang pekerja yang baik setaraf profesional.

“Kami di Kumpulan CIMB sentiasa menyokong program (SL1M) ini kerana ia mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Merapu bela rakan

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki cuba membela rakannya yang diberkas polis kerana memandu dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah memakan diri apabila dia turut ditangkap kerana positif dadah.

Dalam kejadian jam 9.45 malam kelmarin, rakan suspek berusia 28 tahun ditahan ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di sekitar Stadium Merdeka, di sini, untuk menonton konsert artis Korea.

Timbalan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, sepasukan polis trafik yang membuat kawalan lalu lintas menahan rakan suspek untuk pemeriksaan selepas mendapati dia dalam keadaan mencurigakan.