MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Basmi PATI di tapak pembinaan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Imigresen Malaysia Kuala Lumpur (JIM KL) akan menggempur habis-habisan pekerja asing tanpa izin (PATI) di tapak pembinaan sekitar ibu kota.

Sebagai langkah permulaan, Op Tapak dilancarkan hari ini dan disasarkan sebanyak 10 kawasan tapak pembinaan di seluruh ibu kota akan diperiksa sepanjang tahun ini.

Lokasi pertama yang diserbu dalam operasi itu ialah sebuah tapak pembinaan di Jalan Khidmat Usaha, Persiaran Dutamas diserbu dan seramai 115 PATI dicekup.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL Ismail Osman berkata, semua aspek di tapak pembinaan akan diberi perhatian termasuk petempatan mereka.

"Operasi ini juga satu usaha untuk memastikan setiap pekerja di tapak pembinaan mempunyai permit sah selain memastikan pembinaan dijalankan mengikut pelan kelulusan.

"Hasil operasi pertama ini, JIM KL dengan diketuai Penolong Pengarahnya, Mohd Shahrulnizam Ismail menahan 115 PATI termasuk seorang wanita selepas membuat pemeriksaan ke atas 250 warga asing," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro