MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

'Bayar' bilik hotel guna darah

Kuala Lumpur: Akibat tidak mampu membayar sewa bilik hotel didiami, seorang lelaki cuba membunuh diri dengan mengelar tangan menggunakan pisau cukur.

Dalam kejadian jam 4.18 petang semalam, lelaki berusia 30 tahun itu mengunci pintu bilik dihuni di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, di sini.

Difahamkan, lelaki terbabit tidak dapat menjelaskan bayaran selepas menginap di hotel itu bersama isteri selama 17 hari.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Fathi Kameel Mohd Asri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.28 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLCC dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi.

“Anggota bomba terpaksa memecahkan pintu bilik berkenaan.

“Lelaki itu terkejut dan bertindak menoreh tangannya menggunakan pisau cukur dipegang,” katanya.

Fathi Kameel berkata,anggota bomba dan polis menyerkup lelaki itu menggunakan kain selimut sebelum lelaki itu ditahan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro