MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Kesan positif program amal

Kuala Lumpur: Yayasan Kesejahteraan Bandar (YKB) menyerahkan sumbangan RM10,000 kepada program Kotak Rezeki Harian Metro di Balai Berita NSTP, di sini, semalam, sebagai tanda sokongan terhadap program kebajikan yang dilaksanakan menjelang Ramadan nanti.

Sumbangan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican kepada Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar.

Dr Mustapha berkata, sumbangan itu kali pertama selepas melihat kesungguhan Harian Metro mengadakan program amal sebelum ini.

“Kami melihat program kebajikan Harian Metro meninggalkan kesan positif kepada masyarakat dan sumbangan ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dilakukan.

“Pemberian ini tidak terhenti setakat itu, sekiranya program ini terus berjaya, kami sentiasa menyokong memberi pelbagai bentuk sumbangan pada tahun akan datang,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu, semalam.

Menurut Dr Mustapha, pihaknya berterima kasih kepada Harian Metro kerana memberi ruang terbabit secara langsung dalam program amal kebajikan yang diadakan Ramadan ini.

“YKB mempunyai sasaran memberi bantuan kepada masyarakat bukan saja kepada fakir miskin, malah kepada wanita, pengguna jalan raya, rumah anak yatim dan orang tua.

“Melalui program amal Harian Metro, secara tidak langsung pendekatan ini membawa imej YKB di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro