MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Lotus lancar 2 model baru

EVORA SPORT 410

 

 

 

 

 

Kuala Lumpur: Lotus Car Malaysia Sdn Bhd melancarkan dua model baharu untuk pasaran tempatan dengan pengenalan Lotus 3-Eleven dan Evora Sport 410, di sini hari ini.

Dua model ini dikuasakan dengan enjin 3.5 liter V6 dengan pilihan transmisi 6 kelajuan automatik dan manual dilengkapi kuasa kuda 410 hp dan tork maksimum 410 Nm.

Untuk model 3-Eleven ia ditawarkan dalam dua varian Road dan Race sesuai untuk tujuan pemanduan di jalan raya atau trek perlumbaan dengan kelajuan maksimum mencecah 280km/j.

Hanya 311 unit dibina dalam setahun dan ia dijual pada harga bermula daripada RM640,855 (Road) dan RM868,214 untuk versi Race.

Lotus Evora Sport 410 menawarkan pemanduan prestasi dengan kelajuan maksimum mencecah 305 km/j (manual) dengan tork sekitar 420 Nm, lebih ringan sebanyak 70 kg daripada Evora 400 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Dibina sebanyak 150 unit setahun untuk pasaran global, ia dijual pada harga bermula daripada RM640,999 (manual) dan RM651,999 untuk automatik.

lotis 3-eleven

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro