MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

NSTP perkenal kad prabayar 2 produk digital

Kuala Lumpur: Inisiatif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) memperkenalkan kad prabayar untuk dua produk digital keluarannya iaitu portal pendidikan FullAMark dan akhbar digital bertujuan memudahkan langganan orang ramai.

Ketua Jualan Akhbar dan Pengedarannya, Alfian Alias berkata, pihaknya akan menawarkan peluang pengedaran itu menerusi 720 vendor dan ejen jualan akhbar di seluruh negara.

“Usaha ini tidak dinafikan dapat membantu vendor dan ejen meningkatkan pendapatan mereka terutama mendepani cabaran industri akhbar yang semakin menurun jumlah pengedarannya.

“NSTP sangat prihatin dan mengambil berat nasib vendor dan ejen. Kami menyasarkan 400 vendor dan ejen jualan akhbar menjadi pengedar kepada dua produk digital keluaran syarikat,” katanya selepas mengadakan taklimat peluang pengedaran baru itu kepada 20 vendor dan ejen di Balai Berita, di sini, semalam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro