MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Latest News for State Kuala Lumpur in "General"

31 along dicekup

Kuala Lumpur: Tiga puluh satu ahli sindiket pinjaman wang tanpa lesen ditahan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dalam Operasi Vulture yang dijalankan serentak di enam negeri, semalam.

Semua suspek berusia dari 23 hingga 40 tahun ditahan di Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah serta Melaka dan berperanan sebagai pengutip hutang di negeri masing-masing.

IKHLAS kumpul tanda tangan, pertahan Ampang Park

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) kini dalam usaha mengumpul 30,000 tandatangan bagi membantah perobohan pusat beli belah Ampang Park untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hujung bulan ini.

 

Kumpul RM203,000 beli ambulans 'tangisan Syria'

Kuala Lumpur: Demi rakyat Syria. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) berjaya mengumpul sumbangan lebih RM203,000 dalam tempoh hanya dua minggu bagi membeli ambulans untuk dihantar ke negara bergolak, Syria.

Pengasasnya, Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman berkata, sumbangan itu diperoleh menerusi kempen projek amal Ambulance For Syria yang diterajui Unity Convoy dengan kerjasama NGO tempatan iaitu Malaysia Life Line For Syria (MLLFS), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan TSDBJ.

“Kempen itu diadakan selama dua minggu dan berakhir 7 April lalu dengan jumlah kutipan keseluruhan RM203,787.

“Peristiwa serangan gas sarin ke atas rakyat Syria di bandar Khan Sheikhoun, Wilayah Idlib, baru-baru ini, membuka mata masyarakat Malaysia mengenai kesengsaraan umat Islam di sana dan diakui sumbangan pada hari dan sehari selepas kejadian meningkat berkali ganda berbanding sebelumnya.

Azhan Atan meninggal dunia

Kuala Lumpur: Tiada lagi lunak suara merdu menghiburkan masyarakat di kawasan bencana serta sukarelawan misi kemanusiaan apabila bekas juara Akademi Nasyid Azhan Atan meninggal dunia, awal pagi kelmarin.

Aktivis yang mengalami masalah penglihatan itu menghidap strok dan kesihatannya semakin menurun sejak kebelakangan ini.

Naib Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, kehilangan pendakwah berusia 44 tahun itu begitu dirasai kerana dia menjadi sebahagian tulang belakang pelbagai misi kemanusiaan sejak 2006.

Lebih baik serah diri...

Kuala Lumpur: Mangsa penipuan skim pelaburan yang didalangi Mr Az mengharapkan lelaki itu tampil menyerah diri kepada polis dan memulangkan semula modal pelaburan mereka.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Din, 38, berkata, dakwaan menyatakan modal pelaburan tertinggi RM500,000 adalah tidak benar kerana dia sudah membelanjakan RM1.2 juta untuk skim pelaburan yang diasaskan Mr Az.

Menurutnya, dia seorang daripada dua pelabur yang memulakan pelaburan melebihi RM1 juta dalam senarai pelabur kumpulan A bagi skim itu.

Menongkah arus

Kuala Lumpur: Dengan bilangan 793 terbitannya sepanjang 39 tahun sejak 1978, Gila-Gila muncul antara komik tertua di Asia Tenggara dan masih kekal relevan biarpun di sebalik gelombang teknologi media dalam talian.

Perkembangan dunia digital yang menyebabkan beberapa komik tempatan lain terpaksa gulung tikar, Gila-Gila masih mampu bertahan dan meneruskan evolusi merentasi zaman.

Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn Bhd yang juga pelopor majalah humor tanah air, Jaafar Taib optimis masa depan penggiat komik dan menyifatkan era kegemilangan komik ketika 1980 dan 1990-an boleh dicapai, namun memerlukan evolusi.

14 kali bawa kereta api

Kuala Lumpur: “Bawa (pandu) kereta api hari ini bagus, dia (KTMB) dah tukar enjin baru,” demikian kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkongsi pengalamannya menggunakan lokomotif berkuasa tinggi sebaik tiba di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semalam.

Baginda tiba di stesen berkenaan tepat jam 4 petang selepas memandu sendiri lokomotif Tanjung Kupang 26108 dari Stesen JB Sentral sejak jam 9.30 pagi.

 

Pertimbang semula hubungan diplomatik

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk menilai semula hubungan diplomatik dengan Korea Utara selepas membuat keputusan mengusir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol kelmarin.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga tidak lagi mengharapkan permohonan maaf daripada mana-mana wakil kerajaan negara itu.

“Kami akan mempertimbangkan (menilai semula hubungan) dan akan bertindak mengikut keadaan semasa.

“Pada masa ini pun kita tidak mendapat permohonan maaf malah saya juga tidak lagi mengharapkan apa-apa daripada mereka,” katanya kepada media di lobi Parlimen selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13, semalam.

Orang buruan mati tergantung di pokok

Kuala Lumpur: Seorang penjenayah dikehendaki polis ditemui mati dalam keadaan misteri apabila mayatnya tergantung pada pokok.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, mangsa berusia 33 tahun ditemui di tepi jalan berdekatan sekolah di Taman Sri Sinar, Segambut, di sini.

Sumber berkata, mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tergantung sebelum memaklumkannya kepada polis.

Bagaimanapun mayat mangsa didapati dialihkan orang awam sebelum polis tiba di lokasi.

Katanya, siasatan menemui tali pada pokok berhampiran mayat mangsa.

'Selesai di pejabat cawangan lebih mudah'

Kuala Lumpur: Orang ramai mula mengunjungi pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), bagi tahun taksiran 2016, walaupun baru seminggu sistem e-Filing dibuka.

Tinjauan Harian Metro di sini semalam mendapati, sebahagian pembayar cukai lebih gemar mengunjungi pejabat cawangan LHDN mengemukakan BNCP bagi mengelak melakukan kesalahan terutama ketika mengisi borang secara dalam talian.

Pesara tentera udara, Edward Ng Gek Siew, 59, berkata, beliau memilih melakukan urusan LHDN lebih awal walaupun mempunyai tempoh dua bulan untuk berbuat demikian.