MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Stor kereta potong dimamah api

Kuala Lumpur: Sisa tumpahan minyak kereta lama dipercayai menjadi punca sebuah stor kereta potong di Jalan Sungai Besi di sini, terbakar mendadak semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, beberapa komponen kereta potong dan kereta lama ditinggalkan di kawasan terbuka di stor itu terbakar 60 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak Mohd Ghazali Johari berkata, kejadian disedari penjaga premis terhidu bau asap sebelum mendapati beberapa komponen kereta potong diletakkan di bahagian luar premis terbakar.

Menurutnya, dia segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

“Seramai 20 anggota bomba dari BBP Pudu, BBP Hang Tuah dan BBP Tun Razak menaiki empat jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa 15 minit memadamkan kebakaran sebelum mengawal kebakaran dari merebak ke premis berhampiran,” katanya.

Ghazali berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan unit forensik bomba.

“Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu. Pemotongan bekalan elektrik dilakukan demi keselamatan pemilik premis berhampiran,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro