MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Logo Umno terpampang di bangunan DBKL

Logo Umno dikesan terpampang di bangunan ibu pejabat Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) setinggi 34 tingkat di ibu negara semalam.

Semalam Umno menyambut ulang tahun ke-71 parti itu, setelah ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru.

Berdasarkan rakaman video orang awam yang dikongsi bersama Malaysiakini, logo itu dipamer melalui pancaran laser, bersama gambar bendera Malaysia dan imej mirip logo rasmi sambutan itu.

Ia dirakam daripada atas kereta api LRT pada awal pagi tadi, ketika langit masih belum cerah.

Seorang wakil rakyat pembangkang Lim Lip Eng menyatakan tidak puas hati dengan langkah itu.

Katanya, majoriti warga kota telah memilih pembangkang di sembilan daripada 11 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum lalu di Kuala Lumpur.

“Mereka tidak membenarkan lambang Umno dipamerkan di Menara DBKL. Kos siapa yang digunakan?

“Saya minta pameran itu diturunkan dengan segera,” katanya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini, Lim menyifatkan langkah itu sebagai tidak matang.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku di bangunan awam di negeri Pakatan Harapan, sudah pasti reaksi berbeza akan diberikan.

“Seluruh media huru hara jika Menara PKNS di Petaling Jaya pamerkan logo PKR atau Komtar di Penang memasang Roket gergasi,” katanya.

Malaysiakini sedang cuma mendapatkan reaksi DBKL berkaitan tindakan itu.

Sambutan utama ulang tahun Umno  diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai lewat petang semalam yang turut dihadiri oleh presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

- malaysiakini