MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Bowling Keluarga Haji Abdullah meriah

Kuala Lumpur: Seramai 20 peserta menyertai Kejohanan Bowling Keluarga Haji Abdullah di kompleks membeli belah Endah Parade, semalam.

Penyelaras kejohanan Roslan Md Ghaus berkata, kejohanan yang kali kedua dianjurkan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim keluarga besar Haji Abdullah yang berasal dari Bagan Datoh, Perak.

Katanya lagi, rata-rata peserta yang terbabit adalah daripada kalangan keluarga Haji Abdullah yang sudah meninggal dunia pada 2002.

“Haji Abdullah mempunyai 12 orang anak dan lebih 40 cucu. Menerusi jumlah besar ini, maka timbul idea untuk menganjurkan kejohanan bowling pada setiap tahun.

“Ini kali kedua kejohanan ini dianjurkan dan segala-galanya berjalan dengan baik.

“Diharap kejohanan ini akan dapat diteruskan pada masa depan untuk mengeratkan lagi hubungan antara keluarga besar Haji Abdullah,” katanya.

Keluarga Saiful Affendy Sapran muncul juara dengan 979 jatuhan pin sementara tempat kedua milik keluarga Mohd Helmi Abdullah dengan 973 jatuhan pin dan ketiga Muhamad Muhadzir Abdullah (890 jatuhan pin).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro