MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Impian Jing Yi tersekat

Kuala Lumpur: Impian bekas pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi (gambar) untuk melakar permulaan luar biasa dalam acara beregu tidak kesampaian apabila dia bersama Joyce Choong tumpas pada perlawanan akhir Cabaran Antarabangsa Vietnam kepada gandingan Jepun, Erina Honda-Nozomi Shimizu semalam.

Jing Yi-Joyce yang kali pertama bergandingan di peringkat antarabangsa terpaksa akur berjaya memberi tentangan sengit selepas mengheret perlawanan hingga ke tiga set sebelum tumpas 14-21, 21-19, 14-21.

Menurut Jing Yi, pemain lawan menggunakan kelebihan mereka beraksi di jaring dan sentiasa tidak melepaskan peluang untuk melakukan serangan ketika di aksi separuh gelanggang.

“Ini menunjukkan kami perlu memperbaiki kelemahan terutama ketika bertahan dan bagaimana untuk mengawal gelanggang dengan lebih baik, namun secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi kami di sini,” kata pemain kelahiran Pulau Pinang itu kepada Arena Metro.

Jing Yi yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 2012 (London) dan 2016 (Rio) mengakui dia berjaya menunjukkan peningkatan positif beraksi dalam acara beregu walaupun diletakkan jangkaan tinggi, seterusnya memberikan sedikit tekanan kepada dirinya sendiri.

“Selepas ini saya akan kekal bergandingan bersama Joyce di Terbuka Malaysia (4 hingga 9 April) dan berharap kami mampu melepasi peringkat kelayakan seterusnya mara ke undian utama. Jika berjaya ke pusingan pertama kami akan fokus satu demi satu perlawanan terlebih dulu,” katanya.

Jika berjaya memenangi perlawanan akhir semalam, ia kejayaan kedua Jing Yi di Cabaran Antarabangsa Vietnam selepas pernah muncul juara ketika bermain dalam acara perseorangan wanita pada 2011 menumpaskan pemain dari Thailand, Sapsiree Taerattanachai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro