MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Karim cabar anak buah ke Rio

Kuala Lumpur: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim mahu atlet olahraga lain berusaha gigih untuk menempatkan diri ke temasya Olimpik Rio Ogos ini kerana peluang masih terbuka buat mereka.

Berbaki dua bulan sebelum tarikh akhir kelayakan iaitu pada 30 Jun ini, atlet dijangka akan menyertai beberapa lagi pertandingan seperti Terbuka Taiwan, Kejohanan Remaja Asia di Vietnam serta beberapa kejohanan tempatan.

Katanya, kejayaan yang dilakarkan oleh Nauraj Singh Randhawa (gambar) sesuatu yang membanggakan namun Karim melihat peluang Hakimi Ismail untuk berbuat demikian juga cerah kerana dia hanya perlu melepasi 0.9 meter saja lagi.

“Semoga kejayaan Nauraj dapat membuka mata atlet lain untuk berusaha lebih keras. Jangan patah semangat kerana mereka masih berpeluang.

“Atlet lain perlu berusaha lagi terutama atlet lelaki sekiranya mereka ingin beraksi di Olimpik kerana kami sudah tiada tiket secara wildcard selepas kejayaan Nauraj,” katanya.

Karim berkata, beberapa perancangan sudah diatur buat Nauraj bagi memastikan lomptannya terus konsisten menjelang Olimpik.

Nauraj dijangka akan kembali berlatih di Australia kerana negara itu mempunyai potensi baik dari segi latihan dan pertandingan terutama kepada Nauraj yang tidak mempunyai jurulatih.

Pemenang dua pingat emas Sukan SEA itu muncul atlet ke-13 negara layak ke temasya Olimpik Rio secara merit apabila merangkul emas pada Terbuka Singapura minggu lalu.

Atlet berusia 24 tahun itu melakukan lompatan 2.29 meter sekali gus memadamkan rekod kebangsaan milik Lee Hup Wei 2.27m.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro