MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Kuala Lumpur

Usaha buru gelaran keenam berakhir

Kuala Lumpur: Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran keenam dalam kejohanan Skuasy Terbuka Britain berakhir apabila pemain nombor tujuh dunia itu mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan separuh akhir lewat Sabtu (Ahad di Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu yang diletakkan sebagai pilihan keenam, tewas 8-11, 11-7, 11-13 dan 7-11 kepada pemain pilihan ketujuh, Sarah-Jane Perry dari England dalam pertemuan 56 minit yang berlangsung di Airco Arena di Hull, England.

Untuk rekod, Nicol muncul juara dalam kejohanan itu pada 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2014.

Kemenangan ke atas Nicol menyaksikan Perry akan berentap dengan rakan senegaranya, Laura Massaro dalam pertandingn akhir pada Ahad.

Massaro, pemain pilihan kelima menempah tempat itu menerusi kemenangan sensasi 3-2 (5-11, 7-11, 11-5, 11-3 dan 11-6) ke atas pemain pilihan utama dan juara bertahan, Nour El Sherbini dari Mesir dalam empat pertemuan sebelum ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro